Aktiviti Cuti Sekolah - Mencari Gambar Tersembunyi

27 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 26 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Aktiviti Cuti Sekolah kepada beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 8-9 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:00 petang.

Bersempena dengan cuti sekolah, kami telah menyediakan kuiz mudah untuk para peserta muda. Iaitu mencari gambar tersembunyi di dalam gambar yang bercampur. Kuiz bergambar ini membantu dalam perkembangan minda kanak-kanak dan melatih kepekaan mereka dalam mencari objek tersembunyi di dalam gambar.

Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu buli siber. Penggunaan sosial media yang makin meluas dalam kalangan masyarakat kita dan kanak-kanak memerlukan pemantauan untuk membimbing mereka.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali